deardiary
Allah bErsaMaku Allah meLihaTku Allah MeNyakSikanku
Saturday, May 25, 2013
Sangka Baik, Sangka Buruk
Hari ini aku beza.
Allahu Allah... Kau tempat aku mengadu... Bantulah diriku agar semua perkara yang ku lalui sepanjang hidupku ini, tidaklah membelakangi-Mu... Bantulah diriku agar aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang sentiasa bertawakal. Kerana itu adalah MUTIARA yang penting buat diriku setelah usaha ku lakukan... Jauhkanlah diriku daripada keluhan dan kecewa. amin3x..
Moga tulisan ini tidaklah membawa pembaca ke arah kehidupan yang dimurkai Allah.. Moga tulisan ini membawa pembaca agar sentiasa mengingati Allah...
Hari ini ada beberapa masalah yang dihadapi.
Air tumpah di laptop
Handphone xde kredit
Cip kad bank x dapat diproses
Allah... tentu ia membantut pergerakan yang perlu aku settlekan hari ni.
Duit x boleh ambil, x dapat beli kredit, x dapat hubungi orang atas urusan penting yang belum settle.. assignment yang perlu disiapkan segera tak dapat ditunaikan disebabkan keybod tidak berfungsi dengan baik (tumpah air), nak update blog ni pun perlu guna laptop orang lain
Sangat mengganggu emosi hari ini.Tambahan bila program yang semakin hampir tidak mendapat sambutan yang baik. Bila ditanya kepada AJK mengenai bagaimana perkembangan kelancaran program, tidak direspon dengan baik. Hati terdetik juga tidak boleh salahkan mereka. Kerana dalam jemaah pun memang diajar supaya sentiasa ingat bahawa ahli ada komitmen banyak yang perlu diselesaikan. Sentiasa perlu Husnu Zon dalam perkara sebegini. Ini Penting. Supaya tiada masalah hati antara jemaah.
Hati tiba-tiba sayu bila teringat seorang sahabat yang begitu ikhlas hatinya dalam melakukan tugas. Ikhlas yang bagaimana? Ikhlasnya dia, tidaklah dia mengeluh. Ikhlasnya dia tidaklah menghentam ahli lain yang tidak membuat kerja yang diberi, bahkan husnu zon pula. Ikhlasnya dia, tidaklah dia memaksa. Aku melihat baginya, kerja adalah satu amanah. Lihat saja kempen-kempen pilihanraya di kampus dahulu. Semua poster, bookmark, banner dll yg berkaitan dengan publisiti semua di'rembat'nya. Cukup faham dengan masalah ahli yang tidak begitu pandai dengan software photoshop. Tidak pula terlihat sikapnya yang memaksa ahli lain untuk belajar perkara yang tidak pandai/tak minat. Cukup sekadar melakukan tugas tersebut dan siapa mahu turut membantu, silakan. Cukup mudah. Baginya, Kerja adalah gerak kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Apatah lagi bila kerja yang kita lakukan mestilah berkait dengan sumbangan kita kepada Islam. Ikhlas itu nombor satu perlu ditanam.
Cerita seterusnya
Tentang sorang pendakwah bebas. call2 tak angkat, mesej tak berbalas. Just nk minta memberi kuliah maghrib. Itupun atas dasar nak membantu sahabat yang meminta dia untuk beri pengisian. Oh~ hati ni macam2 terdetik. Dia tak mahu, dia dah muak nak terlibat dengan dunia motivasi,ceramah, dia malas nak layan, bla..bla... Allah, beginilah, setiap kali tiada penjelasan yang baik, mmg su'u zon biasa berlaku.
Dalam mesej juga aku sertakan :"Kalau tak boleh, ana akan maklumkan pada persatuan". Di pihak aku, aku perlukan penjelasan. Kalau tak boleh, katakan saja tak boleh. Boleh mereka cari penceramah lain. Bukan apa, jawapan segera diperlukan supaya urusan promosi tidak terlambat.
Tunggu punya tunggu,
.....
ha! keluar statusnya di laman sosial
"Beribu2 mesej, bla..bla.. bla... yang tak terbalas. Entahlah nak jadi apa"
......
Kalau anda dalam situasi saya, apa yang anda fikir ye?
saya perlu mencari alasan di minda, apa lagi yang perlu saya bersangka baik ni?
tak mahu hurai lagi. Bimbang mendatangkan dosa. Kata orang, diam lebih baik.
..................
Harap tulisan saya ini bukanlah sekadar menjadi luahan rasa yang dianggap bebelan. Apatah lagi luahan rasa yang membawa binasa. Saya tidak suka membuang masa anda membaca tulisan ini tanpa saya selitkan pengajaran. Saya bukanlah penulis hebat. Namun ini mungkin langkah pertama saya untuk perbaiki lagi agar penulisan saya boleh memberi manfaat pada semua orang. Agar penulisan ini ada 'link' dengan Islam.
Sekian, wassalam.
#maaf atas penggunaan 'aku' dan 'saya' dibuat dalam satu artikel. Saya suka.
Tuesday, December 11, 2012
Tarbiah Sekolah VS Universiti 2.0
Sunday, February 5, 2012
Tarbiah Sekolah VS Universiti
Manusia zaman sekarang ramai ROSAK?? Ya. Inilah realiti. Apatah lagi tempias ini juga terkena di IPTA/S. Satu tempat yang penuh dengan Ilmu. Satu tempat bagi melahirkan golongan yang Intelektual. Namun tempias jahiliah masih terkena dan paling mengejutkan, ada yang terpengaruh sedangkan mereka dahulunya di zaman sekolah amat mementingkan aspek Dakwah Islamiah. Kerana apa mereka di sekolah dapat mengamalkan ciri Islam dengan baik? Kerana di zaman sekolahnya wujud biah solehah yang kukuh di kalangan mereka. Persoalannya, Mengapa kita ini disaat manusia ramai berbuat baik kita ingin berbuat baik, Namun di saat ramai berbuat jahat, kita juga ingin berbuat jahat?? Mengapa tidak diterusk
Itulah sebenarnya masalah kita. Kita mudah TERIKUT-IKUT. Sikap ini akan memberi masalah bagi seorang Daie. Teringat di satu program Kembara Rabbani Siswa. Pemidato itu berkata “Daie perlu tetap pendirian. Walau bagaimana jahil sekalipun masyarakat, walau bagaimana pun penerimaan masyarakat pada Islam, Daie perlu berprinsip. Jangan mudah terpengaruh dan terikut-ikut kehidupan jahil. Jika benar, katakan benar. Jika Salah katakan Salah. Daie perlu BERANI menyampaikan kebenaran Islam”.

Tuesday, August 16, 2011
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Tahrim 66: Ayat 8)
Friday, April 23, 2010
anDa seMakin mAtang BiLa...
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.