Entah. terasa nak menulis hari ni. Nak mengadu pada orang, mengeluh dll... Sebab stress? ALLAH.. dulu aku bukan macam ni... setiap kali ada masalah, Allah menjadi tempat mengadu. Bukan nak memberitahu diri ini tinggi makamnya.. jauh sekali... sangat jauh. Tapi cuma ingin memberitahu apa yang aku rasa sekarang dan dahulu bagaimana setiap kali mempunyai masalah, aku kendalikan ia dengan tenang dan paling penting ialah aku hadapinya tanpa keluhan.
Hari ini aku beza.
Allahu Allah... Kau tempat aku mengadu... Bantulah diriku agar semua perkara yang ku lalui sepanjang hidupku ini, tidaklah membelakangi-Mu... Bantulah diriku agar aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang sentiasa bertawakal. Kerana itu adalah MUTIARA yang penting buat diriku setelah usaha ku lakukan... Jauhkanlah diriku daripada keluhan dan kecewa. amin3x..
Moga tulisan ini tidaklah membawa pembaca ke arah kehidupan yang dimurkai Allah.. Moga tulisan ini membawa pembaca agar sentiasa mengingati Allah...
Hari ini ada beberapa masalah yang dihadapi.
Air tumpah di laptop
Handphone xde kredit
Cip kad bank x dapat diproses
Allah... tentu ia membantut pergerakan yang perlu aku settlekan hari ni.
Duit x boleh ambil, x dapat beli kredit, x dapat hubungi orang atas urusan penting yang belum settle.. assignment yang perlu disiapkan segera tak dapat ditunaikan disebabkan keybod tidak berfungsi dengan baik (tumpah air), nak update blog ni pun perlu guna laptop orang lain
Sangat mengganggu emosi hari ini.Tambahan bila program yang semakin hampir tidak mendapat sambutan yang baik. Bila ditanya kepada AJK mengenai bagaimana perkembangan kelancaran program, tidak direspon dengan baik. Hati terdetik juga tidak boleh salahkan mereka. Kerana dalam jemaah pun memang diajar supaya sentiasa ingat bahawa ahli ada komitmen banyak yang perlu diselesaikan. Sentiasa perlu Husnu Zon dalam perkara sebegini. Ini Penting. Supaya tiada masalah hati antara jemaah.
Hati tiba-tiba sayu bila teringat seorang sahabat yang begitu ikhlas hatinya dalam melakukan tugas. Ikhlas yang bagaimana? Ikhlasnya dia, tidaklah dia mengeluh. Ikhlasnya dia tidaklah menghentam ahli lain yang tidak membuat kerja yang diberi, bahkan husnu zon pula. Ikhlasnya dia, tidaklah dia memaksa. Aku melihat baginya, kerja adalah satu amanah. Lihat saja kempen-kempen pilihanraya di kampus dahulu. Semua poster, bookmark, banner dll yg berkaitan dengan publisiti semua di'rembat'nya. Cukup faham dengan masalah ahli yang tidak begitu pandai dengan software photoshop. Tidak pula terlihat sikapnya yang memaksa ahli lain untuk belajar perkara yang tidak pandai/tak minat. Cukup sekadar melakukan tugas tersebut dan siapa mahu turut membantu, silakan. Cukup mudah. Baginya, Kerja adalah gerak kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Apatah lagi bila kerja yang kita lakukan mestilah berkait dengan sumbangan kita kepada Islam. Ikhlas itu nombor satu perlu ditanam.
Cerita seterusnya
Tentang sorang pendakwah bebas. call2 tak angkat, mesej tak berbalas. Just nk minta memberi kuliah maghrib. Itupun atas dasar nak membantu sahabat yang meminta dia untuk beri pengisian. Oh~ hati ni macam2 terdetik. Dia tak mahu, dia dah muak nak terlibat dengan dunia motivasi,ceramah, dia malas nak layan, bla..bla... Allah, beginilah, setiap kali tiada penjelasan yang baik, mmg su'u zon biasa berlaku.
Dalam mesej juga aku sertakan :"Kalau tak boleh, ana akan maklumkan pada persatuan". Di pihak aku, aku perlukan penjelasan. Kalau tak boleh, katakan saja tak boleh. Boleh mereka cari penceramah lain. Bukan apa, jawapan segera diperlukan supaya urusan promosi tidak terlambat.
Tunggu punya tunggu,
.....
ha! keluar statusnya di laman sosial
"Beribu2 mesej, bla..bla.. bla... yang tak terbalas. Entahlah nak jadi apa"
......
Kalau anda dalam situasi saya, apa yang anda fikir ye?
saya perlu mencari alasan di minda, apa lagi yang perlu saya bersangka baik ni?
tak mahu hurai lagi. Bimbang mendatangkan dosa. Kata orang, diam lebih baik.
..................
Harap tulisan saya ini bukanlah sekadar menjadi luahan rasa yang dianggap bebelan. Apatah lagi luahan rasa yang membawa binasa. Saya tidak suka membuang masa anda membaca tulisan ini tanpa saya selitkan pengajaran. Saya bukanlah penulis hebat. Namun ini mungkin langkah pertama saya untuk perbaiki lagi agar penulisan saya boleh memberi manfaat pada semua orang. Agar penulisan ini ada 'link' dengan Islam.
Sekian, wassalam.
#maaf atas penggunaan 'aku' dan 'saya' dibuat dalam satu artikel. Saya suka.